Sony Xperia XA Ultra - Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki

background image

Memulakan semula, menetapkan semula dan membaiki

Anda boleh memaksa peranti anda untuk memulakan semula atau menutup jika ia

berhenti memberi respons atau tidak dapat dimulakan semula secara normal. Tiada

tetapan atau data peribadi dipadam.
Anda juga boleh menetapkan semula peranti anda ke tetapan kilang asal. Tindakan ini

kadang-kadang adalah perlu sekiranya peranti anda berhenti berfungsi dengan betul,

tetapi ambil perhatian jika anda ingin menyimpan sebarang data penting, anda hendaklah

terlebih dahulu menyandarkan data ini ke kad ingatan atau ingatan bukan dalaman lain.

Untuk maklumat lanjut, lihat

Membuat sandaran dan memulihkan kandungan

di

halaman 40.
Jika peranti anda gagal dihidupkan kuasa atau jika anda ingin menetapkan semula

perisian peranti anda, anda boleh menggunakan Xperia™ Companion bagi

membaikpulih peranti anda. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan Xperia™

Companion, lihat

Xperia™ Companion

di halaman 38.

Jika anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog masuk

sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk menetapkan semula peranti anda kepada

tetapan asal kilang.

Untuk memulakan semula peranti anda

Peranti anda mungkin gagal untuk memulakan semula jika paras bateri rendah. Sambung

peranti anda ke pengecas dan cuba mulakan semula sekali lagi.

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa .

2

Dalam menu yang terbuka, ketik

Mulakan semula. Peranti dimulakan semula

secara automatik.

Untuk memaksa peranti dimulakan semula atau ditutup

1

Tekan dan tahan kedua-dua kekunci kuasa dan kekunci tambah kelantangan

pada masa yang sama selama 10 saat.

2

Selepas peranti anda bergetar sekali. Bergantung pada sama ada anda ingin

memaksa peranti dimulakan semula atau ditutup, teruskan seperti berikut.

Jika anda ingin memaksa mula semula peranti: Lepaskan butang pada tahap

ini. Peranti dimulakan semula.

Jika anda ingin memaksa tutup peranti: Teruskan menekan butang. Selepas

beberapa saat, peranti bergetar tiga kali dan mati.

Untuk menjalankan penetapan semula data kilang

Untuk mengelakkan kerosakan kekal pada peranti anda, jangan ganggu prosedur penetapan

semula data kilang.

133

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Sandarkan sebarang data penting yang disimpan pada memori dalaman peranti

anda ke kad memori atau kad memori bukan dalaman yang lain. Jika anda

mempunyai sebarang fail sulit yang disimpan pada kad SD, anda hendaklah juga

mengalih keluar penyulitan bagi memastikan anda masih boleh mengaksesnya

selepas tetapan semula.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sandaran & tetapan semula > Tetapkan semula data

kilang.

4

Ketik

Tetapkan semula telefon.

5

Jika dikehendaki, lukis corak buka kunci skrin anda atau masukkan kata laluan

atau PIN buka kunci skrin anda untuk teruskan.

6

Untuk mengesahkan, ketik

Padam semua.

Peranti anda tidak akan kembali ke versi perisian Android™ yang awal apabila anda

melaksanakan penetapan semula data kilang.

Untuk membaik pulih perisian peranti menggunakan Xperia™ Companion

Sebelum melaksanakan pembaikan perisian, pastikan anda mengetahui nama pengguna dan

kata laluan akaun Google™ anda. Bergantung pada tetapan keselamatan anda, anda mungkin

perlu memasukkannya bagi memulakan semula peranti selepas pembaikan perisian.

Jika peranti anda kelihatan kaku, memulakan semula berulang kali atau tidak memulakan

langsung selepas anda telah mengemas kini perisian Xperia™ atau selepas anda

melakukan pembaikan perisian atau tetapan semula data kilang, cuba paksa peranti

tutup, kemudian cuba hidupkannya semula. Jika masalah masih wujud, paksa peranti

tutup, kemudian lakukan pembaikan perisian dengan mengikuti langkah-langkah di

bawah:

1

Pastikan bahawa Xperia™ Companion dipasang pada PC atau Mac

®

anda.

2

Buka perisian Xperia™ Companion pada komputer dan klik pada skrin utama.

3

Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk memasang semula perisian dan

melengkapkan pembaikan.