Papan kekunci pada skrin
SwiftKey
®
ialah pembekal entri teks lalai. Anda boleh memasukkan teks menggunakan
papan kekunci pada skrin dengan mengetik setiap huruf secara berasingan, atau anda
boleh menggunakan ciri aliran SwitfKey
®
dan menggelongsor jari anda dari huruf ke
huruf untuk membentuk perkataan.
Anda boleh memperibadikan tetapan SwiftKey
®
dengan mengakses Papan Kekunci
SwiftKey
®
dari skrin Aplikasi.
1 Padam aksara sebelum kursor.
2 Ketik untuk mengakses smiley, atau sentuh terus untuk memasukkan pembawa kembali.
3 Masukkan tanda baca.
4 Masukkan ruang.
5 Ketik untuk memasukkan koma, atau sentuh terus untuk memasukkan teks menggunakan input suara.
6 Paparkan nombor dan simbol.
7 Tukar antara huruf kecil, huruf besar dan caps.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SwiftKey
®
, pergi ke https://swiftkey.com/
Untuk memaparkan papan kekunci pada paparan untuk memasukkan teks
•
Ketik medan entri teks.
Untuk menggunakan papan kekunci pada paparan dalam orientasi lanskap
•
Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, pusingkan peranti ke arah sisi.
Anda mungkin perlu melaraskan tetapan dalam sesetengah aplikasi untuk mendayakan
orientasi lanskap.
Untuk memasukkan aksara teks menggunakan aksara
1
Untuk memasukkan aksara yang boleh dilihat pada papan kekunci, ketik aksara.
2
Untuk memasukkan kelainan aksara, sentuh terus aksara papan kekunci biasa
untuk mendapatkan senarai pilihan tersedia, kemudian, pilih daripada senarai.
Sebagai contoh, untuk memasukkan "é", sentuh terus "e" sehingga pilihan lain
kelihatan, kemudian, semasa jari anda masih menekan pada papan kekunci, seret
dan pilih "é".
Untuk memasukkan noktah
•
Setelah selesai memasukkan perkataan, ketik dua kali bar ruang.
65
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memasukkan teks menggunakan fungsi input Aliran SwifKey
®
1
Apabila papan kekunci pada paparan dipaparkan, gelangsar jari anda dari huruf
ke huruf untuk menyurih perkataan yang anda mahu tuliskan.
2
Setelah anda selesai memasukkan sesuatu perkataan, angkat jari anda.
Cadangan perkataan muncul berdasarkan huruf yang anda surih.
3
Jika perkataan yang anda inginkan tidak muncul, ketik untuk melihat pilihan lain
dan pilih dengan sewajarnya. Jika pilihan yang dikehendaki tidak muncul,
memadamkan keseluruhan perkataan dan menyurih sekali lagi, atau memasukkan
perkataan dengan mengetik setiap huruf.