Sony Xperia XA Ultra - Mencari nombor pengenalan peranti anda

background image

Mencari nombor pengenalan peranti anda

Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor

ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah

menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila

anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti

anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh

menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian

dalam negara anda.

Untuk melihat nombor IMEI pada dulang label

1

Buka penutup slot kad SIM nano dan kad memori.

2

Seret keluar dulang label. Nombor IMEI ialah yang dipaparkan pada dulang label.

Untuk melihat nombor IMEI, anda boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan

memasukkan

*#06#

juga.

Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.