Sony Xperia XA Ultra - Kunci skrin

background image

Kunci skrin

pada halaman 11.

Tambah akaun Google™ untuk menghalang orang lain daripada menggunakan peranti

anda jika ia dicuri atau dipadam bersih. Untuk maklumat lanjut, lihat

Mengapakah saya

memerlukan akaun Google™?

pada halaman 9.

Aktifkan sama ada “Protection by my Xperia” atau perkhidmatan web Pengurus Peranti

Android™. Dengan menggunakan salah satu perkhidmatan ini, anda boleh mengesan

lokasi, mengunci atau mengosongkan peranti yang hilang dari jauh. Untuk maklumat

lanjut, lihat

Mencari peranti yang hilang

pada halaman 18.

Mengesahkan pemilikan peranti anda

Apabila peranti anda dilindungi, anda perlu membuka kunci skrin anda dengan PIN, kata

laluan atau corak, atau memasukkan maklumat akaun Google™ bergantung pada ciri

perlindungan yang sedang anda gunakan. Di bawah ialah contoh ciri perlindungan dan

beberapa kelayakan yang diperlukan:

Perlindungan

Tetapan Semula

Data Kilang

Anda mesti membuka kunci skrin anda sebelum anda dibenarkan untuk melaksanakan

Tetapan Semula Data Kilang.

Perlindungan oleh

my Xperia

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan perkhidmatan ini

secara jauh, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™ yang telah dikaitkan dengan perkhidmatan tersebut. Peranti perlu

disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh dilengkapkan. Jika tidak,

anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas tetapan semula.

Pengurus Peranti

Android™

Jika anda menetapkan semula peranti anda dengan menggunakan perkhidmatan ini

secara jauh, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™. Peranti perlu disambungkan ke Internet sebelum proses penyediaan boleh

dilengkapkan. Jika tidak, anda tidak akan dapat menggunakan peranti anda selepas

tetapan semula.

Pembaikan perisian Jika anda menggunakan aplikasi Xperia™ Companion untuk melaksanakan pembaikan

perisian, anda diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun

Google™ anda apabila anda memulakan peranti selepas pembaikan lengkap.

Bagi Pengurus Peranti Android™, anda perlu memasukkan maklumat dari akaun Google™. Ia

boleh jadi mana-mana akaun Google™ yang telah anda sediakan pada peranti. Jika anda tidak

boleh memberikan maklumat akaun yang berkaitan semasa proses persediaan, anda tidak

akan dapat menggunakan peranti langsung.

Kunci skrin

Terdapat beberapa pilihan kunci skrin yang tersedia. Tahap keselamatan bagi setiap jenis

kunci disenaraikan di bawah dalam susunan paling lemah hingga paling kukuh:

Leret – tiada perlindungan, tetapi anda mempunyai akses pantas ke skrin Laman Utama.

Corak – lukis corak yang ringkas menggunakan jari anda untuk membuka kunci peranti

anda.

PIN – masukkan PIN angka sekurang-kurangnya empat digit untuk membuka kunci

peranti anda.

11

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Kata laluan – masukkan kata laluan abjad angka untuk membuka kunci peranti anda.

Anda perlu mengingati corak, PIN atau kata laluan buka kunci skrin anda. Jika anda terlupa

maklumat ini, data penting seperti kenalan dan mesej mungkin tidak dapat dipulihkan.

Jika anda telah menyediakan akaun Microsoft® Exchange ActiveSync® (EAS) pada peranti

Xperia™ anda, tetapan keselamatan EAS mungkin mengehadkan jenis skrin kunci kepada PIN

atau kata laluan sahaja. Ini berlaku apabila pentadbir rangkaian anda menentukan jenis skrin

kunci tertentu untuk semua akaun EAS atas sebab keselamatan perusahaan. Hubungi

pentadbir rangkaian syarikat atau organisasi anda untuk menyemak dasar keselamatan

rangkaian yang dilaksanakan untuk peranti mudah alih.

Kefungsian cap jari tidak tersedia dalam pasaran AS.

Untuk mengubah jenis kunci skrin

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.

3

Ikut arahan pada peranti anda.

Untuk mencipta corak kunci skrin

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin > Corak.

3

Ikuti arahan pada peranti anda.

Jika anda memasukkan corak kunci yang salah sebanyak lima kali serentak, anda mesti

menunggu 30 saat sebelum mencuba lagi.

Untuk menukar corak kunci skrin

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.

3

Lukis corak buka kunci skrin anda.

4

Ketik

Corak dan ikut arahan pada peranti anda.

Untuk mencipta PIN kunci skrin

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin > PIN.

3

Masukkan PIN angka, kemudian ketik

Teruskan.

4

Masukkan semula dan sahkan PIN anda, kemudian ketik

OK.

Untuk mencipta kata laluan kunci skrin

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin > Kata

Lalulan.

3

Masukkan kata laluan, kemudian ketik

Teruskan.

4

Masukkan semula dan sahkan kata laluan anda, kemudian ketik

OK.

Untuk mengaktifkan fungsi buka kunci Leret

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Kunci skrin.

3

Lukiskan corak buka kunci skrin anda, atau masukkan PIN atau kata laluan anda

bergantung pada jenis kunci skrin ini yang didayakan.

4

Ketik

Leret.

Menetapkan semula kunci skrin yang tidak diingati

Jika anda telah terlupa PIN kunci skrin, kata laluan atau corak anda, anda mungkin dapat

menetapkannya semula menggunakan perkhidmatan Protection by my Xperia. Tiada

kandungan pada peranti anda yang hilang selepas anda telah melakukan penetapan

semula kunci skrin menggunakan perkhidmatan ini.
Untuk mengaktifkan perkhidmatan Protection by my Xperia, lihat

Mencari peranti yang

hilang

pada halaman 18.

12

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menetapkan semula kunci skrin menggunakan Protection by my Xperia

1

Pastikan anda mengetahui nama pengguna dan kata laluan akaun Google™ anda

dan anda telah mendayakan perkhidmatan Protection by my Xperia pada peranti

anda.

2

Pergi ke

myxperia.sonymobile.com

menggunakan mana-mana peranti yang

bersambung dengan Internet.

3

Daftar masuk menggunakan akaun Google™ sama yang anda telah sediakan

pada peranti anda.

4

Klik gambar peranti anda di bawah

Peranti anda.

5

Pilih

Kunci atau Tukar PIN2 untuk menggantikan skrin kunci semasa dengan kod

PIN yang baharu.

6

Ikut arahan pada skrin yang disediakan oleh Protection by my Xperia.

Bergantung pada tetapan keselamatan anda, peranti anda mungkin terkunci selepas

penetapan semula kunci skrin. Kemudian, anda perlu memasukkan nama pengguna dan kata

laluan akaun Google™ untuk menggunakan peranti.