Sony Xperia XA Ultra - Berkongsi kandungan dengan peranti rangkaian rumah

background image

Berkongsi kandungan dengan peranti rangkaian rumah

Anda boleh melihat atau memainkan kandungan media yang disimpan ke peranti anda

pada peranti lain seperti TV atau komputer. Peranti ini mestilah menyertai rangkaian

wayarles yang sama dan boleh jadi TV atau pembesar suara Sony. Anda boleh juga

melihat atau memainkan kandungan dari peranti rangkaian rumah yang lain pada peranti

anda.
Selepas anda menyediakan perkongsian media antara peranti, anda boleh, sebagai

contoh, mendengarkan fail muzik yang disimpan pada komputer rumah anda daripada

peranti anda, atau melihat foto yang diambil dengan kamera peranti anda pada skrin TV

yang besar.

Mainkan fail daripada peranti rangkaian rumah pada peranti anda

Apabila anda memainkan fail dari peranti rangkaian rumah pada peranti anda, peranti lain

ini bertindak sebagai pelayan. Dalam kata lain, ia berkongsi kandungan melalui

rangkaian. Peranti pelayan mesti menjadikan fungsi perkongsiannya didayakan dan

memberi kebenaran akses ke peranti anda. Ia juga mesti disambungkan ke rangkaian

Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.

116

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memainkan trek muzik yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Ketik , kemudian ketik

Rangkaian rumah.

4

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

5

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih trek yang anda

mahu mainkan. Setelah dipilih, trek mula dimainkan secara automatik.

Untuk memainkan video yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Video.

3

Ketik , kemudian ketik

Rangkaian rumah.

4

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

5

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih video yang anda

mahu mainkan.

Untuk melihat foto yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Album .

3

Ketik dan kemudian ketik

Rangkaian rumah.

4

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

5

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih foto untuk

melihatnya.

Memainkan fail dari peranti anda pada peranti rangkaian rumah anda

Sebelum anda boleh melihat atau memainkan fail media dari peranti anda pada peranti

rangkaian rumah lain, anda mesti menyediakan perkongsian fail pada peranti anda.

Peranti yang anda kongsikan kandungan dipanggil peranti klien. Sebagai contoh, TV,

komputer atau tablet boleh bertindak sebagai peranti klien. Peranti anda berfungsi

sebagai pelayan media apabila ia menyediakan kandungan ke peranti klien. Apabila anda

menyediakan perkongsian fail pada peranti anda, anda mesti juga memberikan

kebenaran akses ke peranti klien. Selepas anda melakukannya, peranti tersebut

dipaparkan sebagai peranti yang didaftarkan. Peranti yang menunggu untuk

mendapatkan kebenaran akses disenaraikan sebagai peranti yang menunggu

kebenaran.

Untuk menyediakan perkongsian fail dengan peranti rangkaian rumah lain

1

Sambungkan peranti anda ke rangkaian Wi-Fi.

2

Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Tetapan >

Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Seret penggelongsor

Kongsi media ke kanan.

4

Gunakan komputer anda atau peranti klien rangkaian rumah lain pada rangkaian

Wi-Fi yang sama untuk menyambung ke peranti anda.

5

Pemberitahuan muncul dalam bar status peranti anda. Buka pemberitahuan dan

tetapkan kebenaran akses untuk setiap peranti klien yang cuba untuk

menyambung ke peranti anda.

Langkah-langkah untuk mengakses media pada peranti anda menggunakan klien rangkaian

rumah berbeza antara peranti klien. Rujuk Panduan pengguna peranti klien anda untuk

mendapatkan maklumat lanjut. Jika peranti anda tidak boleh diakses pada rangkaian klien,

semak untuk memastikan rangkaian Wi-Fi anda berfungsi.

Anda juga boleh mengakses menu

Pelayan media dari aplikasi tertentu seperti Muzik atau

Album dengan menyeret sudut kiri skrin utama aplikasi ke arah kanan dan kemudian mengetik

Tetapan > Pelayan media.

117

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk berhenti berkongsi fail dengan peranti rangkaian rumah yang lain

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Seret penggelongsor di sebelah

Kongsi media ke kiri.

Untuk menetapkan kebenaran akses bagi peranti menunggu

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti menunggu.

4

Pilih tahap kebenaran akses.

Untuk menukar nama peranti yang didaftarkan

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti berdaftar, kemudian pilih Tukar nama.

4

Masukkan nama baru untuk peranti, kemudian ketik

OK.

Untuk menukar tahap akses bagi peranti berdaftar

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti berdaftar.

4

Ketik

Tukar tahap akses dan pilih satu opsyen.

Untuk mendapatkan bantuan mengenai berkongsi kandungan dengan peranti

rangkaian rumah yang lain

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > Pelayan media.

3

Ketik dan kemudian ketik

Bantuan.