Tetapan kamera video
Untuk melaraskan tetapan kamera video
1
Aktifkan kamera.
2
Leret untuk
.
3
Untuk memaparkan tetapan, ketik .
4
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera video
Pemilihan pemandangan
Ciri Pemilihan pemandangan membantu anda menyediakan kamera dengan pantas
untuk situasi biasa menggunakan pemandangan video yang dipraprogram. Setiap
tetapan pemandangan direka untuk menghasilkan video berkualiti terbaik mungkin dalam
persekitaran rakaman khusus.
Matikan
Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh merakam video secara manual.
Tangkapan lembut
Gunakan untuk merakam video dengan latar lembut.
Landskap
Gunakan untuk video landskap. Kamera memfokuskan pada objek yang jauh.
Pemandangan malam
Apabila dihidupkan, kepekaan cahaya akan bertambah. Gunakan dalam persekitaran yang bercahaya
malap. Video objek yang bergerak pantas mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau
gunakan sokongan. Matikan mod malam apabila keadaan pencahayaan baik, untuk memperbaiki
kualiti video.
Pantai
Gunakan untuk video pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.
Salji
Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan video dengan dedahan terlebih.
Sukan
Gunakan untuk video objek bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
Parti
Gunakan untuk video dalam bangunan, dalam persekitaran yang tidak terang. Pemandangan ini
menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Video objek yang bergerak pantas
mungkin menjadi kabur. Tetapkan tangan anda atau gunakan sokongan.
Video HDR
Gunakan tetapan HDR (High-Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) video untuk merakam
video bertentangan cahaya latar yang terang atau dalam keadaan apabila kontras tajam.
104
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
HDR video mengimbangkan kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili
kawasan gelap dan juga cerah.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Resolusi video
Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.
HD penuh (30 fps)
1920×1080(16:9)
Format Full HD (Definisi Tinggi Penuh) dengan 30 fps dan nisbah aspek 16:9.
HD
1280×720(16:9)
Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah aspek 16:9.
VGA
640×480(4:3)
Format VGA dengan nisbah aspek 4:3.
MMS
Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini
adalah terhad supaya fail video dapat muat dalam mesej multimedia.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera
menjejakinya untuk anda.
SteadyShot™
Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil
membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.
105
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.