Pengecaman muka
Anda boleh menggunakan pengecaman muka untuk membawa muka di luar fokus ke
dalam fokus. Kamera mengesan sehingga lima muka secara automatik, ditunjukkan oleh
bingkai putih. Bingkai berwarna menunjukkan muka yang telah dipilih untuk fokus. Fokus
ditetapkan pada muka yang terdekat dengan kamera. Anda juga boleh mengetik salah
satu bingkai untuk memilih muka yang harus berada dalam fokus.