Storan dan memori
Peranti anda mempunyai beberapa pilihan storan dan memori yang berbeza.
•
Storan dalaman adalah kira-kira
16 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan
yang dimuat turun atau dipindahkan bersama tetapan dan data peribadi. Beberapa
contoh mengenai data yang disimpan ke storan dalaman ialah tetapan penggera,
kelantangan dan bahasa; e-mel; penanda buku; peristiwa kalendar; foto; video dan
muzik.
•
Anda boleh menggunakan kad memori boleh tanggal dengan kapasiti storan sehingga
200 GB untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan. Fail media dan sesetengah
aplikasi bersama data yang berkaitan boleh dipindahkan kepada jenis memori ini untuk
mengosongkan storan dalaman. Sesetengah aplikasi, sebagai contoh, aplikasi Kamera,
boleh menyimpan data secara terus ke kad memori.
•
Memori dinamik (RAM) adalah kira-kira
3 GB dan tidak boleh digunakan untuk storan.
RAM digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem pengendalian.
Anda mungkin perlu membeli kad memori secara berasingan.
Baca selanjutnya tentang penggunaan memori dalam peranti Android dengan memuat turun
Kertas putih untuk peranti anda di
www.sonymobile.com/support/
.
Mempertingkat prestasi ingatan
Ingatan dalam peranti anda cenderung untuk penuh akibat daripada penggunaan biasa.
Jika peranti mulai perlahan atau aplikasi ditutup secara tiba-tiba, anda hendaklah
mempertimbangkan perkara berikut:
•
Sentiasa mempunyai lebih daripada
500 MB storan dalaman kosong yang tersedia.
•
Tutup aplikasi yang berjalan jika tidak digunakan.
•
Kosongkan ingatan cache untuk semua aplikasi.
•
Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.
•
Alihkan aplikasi ke kad memori jika storan dalaman penuh.
•
Pindahkan foto, video dan muzik dari ingatan dalaman ke kad ingatan.
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
•
Jika peranti anda tidak dapat membaca kandungan pada kad ingatan, anda mungkin
perlu memformat kad itu. Sila ambil perhatian bahawa semua kandungan pada kad akan
dipadamkan apabila anda memformatnya.
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mesti melog masuk
sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk melaksanakan tindakan tertentu seperti
memindahkan data ke kad ingatan dan memformat kad ingatan.
Untuk melihat status ingatan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan & memori.
Untuk melihat jumlah RAM kosong dan RAM digunakan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
Untuk mengosongkan memori cache bagi semua aplikasi
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan & memori.
3
Ketik , kemudian ketik
Lanjutan > Storan > Storan dalaman, kemudian cari dan
ketik
Data cache > OK.
Apabila anda mengosongkan memori cache, anda tidak kehilangan sebarang maklumat atau
tetapan penting.
Untuk memindahkan fail media ke kad memori
1
Pastikan anda telah memasukkan kad memori ke dalam peranti anda.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Storan & memori > Pindahkan data.
4
Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.
5
Ketik
Pemindahan.
Untuk memindahkan aplikasi ke kad ingatan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Pilih aplikasi yang ingin dipindahkan, kemudian ketik
Storan, kemudian di bawah
Storan yang digunakan, ketik
Tukar > Kad SD > Alih.
Sesetengah aplikasi tidak boleh dipindahkan ke kad ingatan.
Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada berjalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik
PAKSA BERHENTI > OK.
Untuk memformat kad memori
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Storan & memori.
3
Ketik , kemudian ketik
Lanjutan > Storan > Kad SD > , kemudian ketik Tetapan
>
Format > Padam & format.
Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua data yang anda mahu simpan. Untuk membuat sandaran
kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk maklumat lanjut, lihat
Mengurus fail
menggunakan komputer
pada halaman 39.